Search
  • TNBX

Pengalaman Pembilan Mudah dengan SARE

oleh Sharifah Salwah Syed Othman



Supply Agreement - Renewable Energy (SARE) atau Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Diperbaharui merupakan persefahaman yang termeterai antara tiga pihak iaitu TNB, pemilik aset dan pengguna. Perjanjian ini membolehkan pengguna yang memiliki sistem solar di premis mereka menerima single billing system.


Mengambil pendekatan situasi semasa pandemik, TNBX mengguna pakai platform teknologi telah mengadakan sesi webinar atas talian bersama 120 pelabur fotovoltan solar yang berdaftar (RPVIs). Ini adalah demi perkhidmatan yang dinamik serta memahami kehendak dan keperluan semasa industri. Pada sesi webinar tersebut, RPVIs telah didedahkan dan dimaklumkan berkaitan perkembangan terkini solusi-solusi SARE. Taklimat telah disampaikan oleh Sharifah Salwah Syed Othman, Lead Billing and Contracting, TNBX.


Dengan SARE, pelanggan dan pemilik aset akan menikmati kemudahan dan kelebihan berikut:

  • Pengalaman pembilan yang mudah dengan hanya satu bil sahaja

  • Proses kutipan dan pembayaran bil yan efisien dan professional oleh pihak TNB

  • RPVI boleh outsource tugas-tugas billing and collection kepada TNBX dan tidak perlu mempunyai tenaga kerja untuk melaksanakan tugas ini

  • Meningkatkan tahap kecekapan dengan pengalaman dan praktis bisnes dan perkhidmatan pelanggan yang terbaik.

Anda berminat dengan SARE? Hubungi kami di tnbx@tnb.com.my




19 views0 comments

Recent Posts

See All